Pages

Wednesday, March 23, 2011

DNA : Tuala, berus gigi, botol air diterima!

Sehelai tuala kecil Good Morning, sebatang berus gigi dan satu botol minuman plastik yang dipertikaikan oleh pihak pembelaan sebelum ini, diterima sebagai bahan bukti dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mendapati penangkapan dan penahanan Ketua Pembangkang itu adalah sah.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwaan agar mahkamah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Anwar menyerahkan spesimen badannya bagi tujuan analisis asid deoksiribonukleik (DNA).

Dengan keputusan tersebut, walaupun Anwar tidak membekalkan spesimen badannya, profil DNA yang dikesan pada ketiga-tiga barang itu masih boleh digunakan sebagai perbandingan dengan profil DNA Lelaki Y yang ditemui di bahagian dalam dubur pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Sebaik sahaja keputusan itu selesai dibacakan oleh hakim dalam prosiding yang memakan masa lima minit sahaja, raut wajah dan 'bahasa tubuh' Anwar yang ketika itu berada di kandang tertuduh dilihat seperti tidak berpuas hati dan kurang senang.

Malah pada satu peringkat, beliau sempat memberi isyarat dan bangun seketika untuk memanggil seorang daripada peguamnya, Sankara Nair bagi menyatakan sesuatu meskipun prosiding masih belum berakhir.

Sementara itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memaklumkan, pihaknya akan memanggil semula ahli kimia, Nor Aidora Saedon dan bekas Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Amidon Anan untuk mengemukakan barang-barang itu sebagai bahan bukti.

Namun disebabkan ketiadaan kedua-dua saksi terbabit di mahkamah hari ini, Mohd. Yusof memohon proses pengesahan barang-barang itu dilakukan esok dan menjangkakan pihaknya memerlukan 20 minit sahaja untuk berbuat demikian sebelum menutup kes pendakwaan.

Hakim membenarkan permohonan tersebut dan memerintahkan perbicaraan disambung esok.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohamad Zabidin menyatakan, beliau memutuskan untuk menerima ketiga-tiga barang itu dan segala keterangan berkaitan barang-barang tersebut sebagai bahan bukti setelah mendengar keterangan pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira dan pegawai yang menangkap Anwar, Supritendan Ahmad Taufek Abdullah semasa perbicaraan penuh.

Menurut beliau, berdasarkan keterangan kedua-dua saksi itu, adalah jelas bahawa penangkapan dan penahanan Anwar di dalam lokap di Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) ibu negara adalah sah serta mematuhi undang-undang selain ada waran tangkap dikeluarkan.

Oleh yang demikian, tegas beliau, penahanan Anwar di dalam lokap tidak lagi boleh dikatakan dilakukan bagi tujuan memperoleh bahan bukti DNA melalui tipu helah seperti yang didakwa oleh pihak pembelaan.

''Dalam keadaan demikian, mahkamah tidak mempunyai budi bicara (untuk menolak) sebaliknya membenarkan barang-barang yang diambil dari sel (lokap) dan semua keterangan berkaitan barang-barang itu dikemukakan sebagai bahan bukti.

''Dengan itu, saya kini memerintahkan bahawa barang-barang tersebut dan semua keterangan berkaitan dengan barang-barang itu diterima masuk dan boleh dijadikan sebagai bahan bukti. Perintah saya yang terdahulu berhubung perkara ini diketepikan,'' katanya.

Terdahulu, jelas beliau, keputusan untuk menolak barang-barang itu daripada diterima sebagai bahan bukti sewaktu bicara dalam perbicaraan (TWT) pada 8 Mac lalu atas alasan ia diperoleh secara tidak sah, adalah berdasarkan keterangan yang ada pada masa itu dan tanpa keterangan pegawai penyiasat yang tidak dipanggil sebagai saksi dalam TWT.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Anwar menyatakan bahawa beliau terkejut dengan keputusan itu tetapi mendakwa ia bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut memberitahu, beliau telah bersedia sekiranya kes berkenaan akan diteruskan di peringkat bela diri.

Grakan Manjung (GM)..

Thursday, March 17, 2011

AWAS! - Benarkah ajen PAP sedang berkeliaran di dalam negara?

Perbahasan di Dewan Rakyat dilihat semakin menarik apabila Tony Pua dari parti chauvinis biaDAP didakwa pernah ditahan dan dibicarakan di mahkamah Singapura . Ia ditimbulkan oleh MP Kinabatangan , Datuk Bung Moktar yang menyindir Tony Pua sebagai 'Ejen Singapura'.

Syabas kepada Datuk Bung Moktar ...dedahkan latar belakang sebenar puak-puak Komunis Moden dari DAP ini dan biarkan rakyat Malaysia tahu siapa sebenarnya mereka.

Tony Pua sebelum ini cukup lantang pertikaikan pembelian aset ketenteraan negara iatu Kapal peronda TLDM jenis LCS sehinggakan Jeneral TLDM terpaksa menjelaskan mengenai pembelian aset berkenaan kepada media . Lihat betapa hebat 'risikan saiko' yang dibuat oleh Tony!

Apa tujuan Tony berbuat demikian jika tidak dari arahan seseorang? Pastinya beliau mempunyai agenda dengan mencetuskan isu ini supaya kerajaan terpaksa menjelaskan tentang pembeliau kapal peronda berkenaan.

Lihat berita selanjutnya disini : Tony pernah ditahan di Singapura

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua didakwa pernah ditahan dan dibicarakan di mahkamah Singapura menyebabkan beliau tidak layak untuk menjadi ahli Parlimen di republik itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain itu, Ahli Parlimen DAP itu juga pernah bersekolah di negara jiran tersebut di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

                         Tony Pua berdiri di barisan belakang ( kanan sekali ) semasa di Raffles Junior College (RJC).

Katanya, fakta itu mungkin diketahui oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin sehingga menimbulkan ketegangan di antara kedua-dua wakil rakyat tersebut pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

"Mungkin Bung (Moktar) tahu dia (Tony) belajar di Singapura dari sekolah rendah sehingga peringkat tinggi.

"Dia dulu ditangkap di Singapura, dibawa ke mahkamah, tetapi sebab hubungan dia mungkin baik dengan pejabat tertentu di sana, beliau dilepaskan (dan) tidak dapat jadi ahli Parlimen (di sana)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas mengenai kemarahan Tony terhadap Bung Moktar apabila digelar sebagai ejen Singapura oleh wakil rakyat Kinabatangan itu.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak menyokong kenyataan Bung Moktar tersebut dan meminta supaya Tony menjelaskan perkara itu di Dewan Rakyat memandangkan Bung Moktar melontarkan 'sindiran' itu di tempat sama.

Sementara itu, Tony ketika dihubungi hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahmad Zahid tersebut yang disifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali.

"Ini merupakan satu fitnah yang amat besar, saya tidak pernah ditangkap seumur hidup saya kecuali di Malaysia," ujarnya.

Selain itu, Tony menafikan beliau pernah bersekolah rendah di Singapura tetapi mengakui pernah melanjutkan persekolahannya di peringkat menengah di republik tersebut.

Apa-apapun diharap kerajaan dapat menyiasat siapa sebenarnya Tony Pua ini sebelum habis semua rahsia kerajaan di 'jual' keluar!

Gerakan Manjung..

Tuesday, March 15, 2011

Wan Azizah perlu akhiri kemelut!

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail digesa supaya menasihati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan DNA berhubung kes liwat agar kemelut yang menjejaskan maruah keluarga dan parti pimpinannya berakhir.

Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, beliau yakin itulah cara terbaik untuk membersihkan nama baik Anwar sekiranya Penasihat PKR itu benar-benar tidak bersalah dan segala dakwaan tersebut hanya merupakan fitnah.

"Malah Wan Azizah juga adalah Presiden yang mempunyai hak untuk menggesa Anwar yang juga Penasihat PKR itu berbuat demikian jika beliau juga benar-benar yakin Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya di sini hari ini.

Fakhrul Azman berkata, beliau bersimpati dengan Wan Azizah yang terpaksa berhempas pulas mempertahankan suaminya itu tanpa asas yang kukuh.

Pihak pendakwa bagi kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar baru-baru ini memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya mengarahkan Anwar menyerahkan spesimen daripada tubuhnya bagi mendapatkan profil DNA untuk tujuan perbandingan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden sebelum ini berkata, permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 73 dan Seksyen 165 Akta Keterangan bagi menentukan sama ada profil DNA yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anwar atau pun bukan.

Permohonan pendakwaan itu adalah yang pertama seumpamanya pernah dikemukakan di mahkamah negara ini.

Sejak beberapa hari lalu, pelbagai pihak di beberapa negeri mengadakan himpunan secara aman mendesak Anwar yang juga Ketua Pembangkang menyerahkan DNA beliau.

Kata Fakhrul Azman, jika Anwar tidak bersalah, keputusan DNA itu nanti pastinya akan lebih menarik keyakinan rakyat untuk menyokong beliau dan seterusnya mampu memenuhi cita-cita politik Ketua Pembangkang itu.

Gerakan Manjung

Wednesday, March 9, 2011

Baik sangatkah Pas ketika pilihan raya?

MURSYIDUL Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ternyata kecewa dengan kekalahan empat kali berturut-turut parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan sejak November lalu. Selepas gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan, Pas terus tersungkur di DUN Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Namun begitu, ia belum mencukupi bagi memberikan keinsafan kepada pemimpin Pas seperti Nik Abdul Aziz yang terus menuding jari menyalahkan orang lain terhadap kekalahan parti tersebut.

Terbaru, Menteri Besar Kelantan itu ketika mengulas kekalahan di Merlimau dan Kerdau mendakwa, Barisan Nasional (BN) menggunakan jentera kerajaan. Dakwanya, kekalahan itu disebabkan Pas berdepan dengan Kerajaan Pusat dan bukannya UMNO atau BN.

Nik Abdul Aziz terus membebel mengatakan BN mencabul sistem demokrasi di negara ini bagi 'mencipta kemenangan'.

''Kita sebut pilihan raya, tetapi sebenarnya di Malaysia tidak ada pilihan raya. Pas sebagai sebuah parti sepatutnya lawan dengan UMNO, tetapi yang berlawan sekarang parti dan kerajaan, televisyen, radio dan projek semua berpihak kepada sebelah pihak.''

Itu hujah Nik Abdul Aziz, tetapi sebelum kita menelan bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh Mursyidul Am Pas itu, cubalah kita menilai apa yang dilakukan oleh kerajaan Pas Kelantan ketika PRK DUN Galas pada 4 November tahun lalu.

Apakah Pas 'tidak menyalah gunakan kuasa' atau jentera kerajaan negeri apabila mengumumkan 'cuti peristiwa' bagi membolehkan mereka memberi tumpuan kepada PRK berkenaan. Galas hanya mempunyai 11,553 pengundi, tetapi kenapa perlu seluruh rakyat Kelantan diberi cuti? Tidakkah pemberian cuti itu lebih bersifat politik?

Nik Abdul Aziz juga berhujah bahawa BN memberi projek setiap kali pilihan raya, tetapi di Galas Kerajaan Pas Kelantan dipercayai menggunakan Ladang Rakyat dan pembahagian tanah untuk menarik sokongan kira-kira 2,000 pengundi Orang Asli sempena PRK itu.

Ini belum lagi mengambil kira projek-projek yang diberikan bagi memancing undi ketika Pilihan Raya Umum 2008. Kita juga perlu bertanya kepada Nik Abdul Aziz, apakah tawaran wang RM200 hingga RM250 kepada 1,557 pengundi Galas yang berada di luar Kelantan untuk pulang mengundi tidak boleh dianggap rasuah?

Bagaimana kalau BN yang membuat tawaran berkenaan? Sudah tentulah Pas akan membuat pelbagai tuduhan. Begitu juga apabila Kerajaan Pas Kelantan secara tiba-tiba mengadakan ekspo pertanian di bandar Gua Musang semasa kempen berlangsung, tidakkah itu menggunakan jentera kerajaan negeri?

Apa yang paling hebat ialah tindakan Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Orang Asli selepas mengislamkan mereka pada Majlis Mesra Rakyat di Pos Sandrop, Lojing, Gua Musang dua hari sebelum hari pengundian. Tidakkah itu boleh dianggap sebagai politik wang bagi memancing undi?

Apa pula hujah Nik Abdul Aziz mengenai pemberian 75 sijil penyertaan projek perumahan berkelompok kepada masyarakat berkenaan pada hari yang sama, tidakkah itu 'penyalahgunaan' kedudukan sebagai kerajaan negeri?

Berdasarkan beberapa contoh tersebut, maka tidak perlulah Nik Abdul Aziz hendak menggambarkan seolah-olah kerajaan Pas Kelantan atau Pas sendiri paling bersih dan suci apabila menghadapi pilihan raya.

Kalau beliau berhujah bahawa BN menggunakan jentera kerajaan, maka di Kelantan apa yang berlaku dalam PRK DUN Galas sudah menjadi bukti. Janganlah melihat kerajaan Pas Kelantan atau Pas itu terlalu baik ketika berhadapan dengan pilihan raya.

Nik Abdul Aziz perlu bermuhasabah dan membiarkan pemimpin-pemimpin Pas yang berfikiran terbuka mengkaji apakah faktor yang menyumbang kekalahan parti berkenaan. Sebagai ahli politik veteran, Nik Abdul Aziz sepatutnya belajar menghormati kebijaksanaan para pengundi membuat keputusan. Janganlah apabila menang anggap BN ditolak oleh rakyat, apabila Pas kalah BN dituduh merasuah rakyat.

Selain itu, Nik Abdul Aziz juga sebagai ulama sudah pasti mengerti ketentuan Allah SWT. Dalam soal apa pun dalam kehidupan di dunia ini, manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Nik Abdul Aziz mungkin boleh mempengaruhi penyokong-penyokong tegar Pas dengan hujahnya, tetapi dalam kalangan rakyat biasa, mereka semakin memahami kenapa Pas tidak harus diberikan kemenangan dalam pilihan raya.

Justeru, tidak payah lagi Nik Abdul Aziz terus bersilat lidah bagi menutup kelemahan Pas, sebaliknya berusahalah memperkukuhkan kembali parti itu yang dilihat tidak lebih daripada 'pak turut' dalam kerjasama dalam kalangan parti pembangkang.

Gerakan Manjung..

Monday, March 7, 2011

Peringatan : Tuanku Mizan pandang berat kecenderungan bangkit isu sensitif!

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini bertitah Seri Paduka Baginda memandang berat kecenderungan pihak-pihak tertentu membangkitkan isu sensitif dan berbaur perkauman serta mempolitikkan perkara yang tidak sepatutnya.

Menurut Seri Paduka Baginda, soal kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain meliputi hak kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak harus dipersoalkan bagi mengelak perpecahan.

"Beta menyeru semua pihak supaya menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan,” titah baginda semasa merasmikan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen hari ini.

Tuanku Mizan bertitah walaupun Islam adalah agama bagi Persekutuan, namun kesederhaan diamalkan dengan subur di negara ini yang membolehkan agama-agama lain diamalkan dengan aman damai serta hari-hari perayaan agama lain turut diiktiraf dengan dijadikan hari cuti umum.

Bagi menjamin keamanan di negara ini, Seri Paduka Baginda berharap badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanakan program dan aktiviti masing-masing, hendaklah mengelak daripada menyentuh sensitiviti dan isu yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan menggugat imej negara.

Gerakan Manjung..