Seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai seorang yang pandai bermain silap mata dalam membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2012.
Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) berkata, kepandaian Lim bermain silap mata itu ialah dengan menunjukkan defisit yang tinggi dan kemudiannya menyatakan bahawa kerajaan telah berjimat dan mengurus kewangan dengan baik untuk mendapatkan lebihan.
"Mana ada lebihan? Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri ialah tidak membelanjakan wang yang diperuntukkan dalam bajet sehingga menurut Laporan Audit, Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hanya membelanjakan sebanyak 54 peratus daripada bajet yang diluluskan," katanya ketika membahas Rang Undang-Undang itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)Pulau Pinang, di sini.
Katanya, apabila wang yang diperuntukkan untuk faedah rakyat itu tidak dibelanjakan, maka ia bukannya satu penjimatan malah ia adalah satu kerugian kepada rakyat.
"Jika wang yang diperuntukkan tidak dibelanjakan, maka ia menunjukkan kerajaan negeri tidak cekap dan tidak telus dalam menguruskan kewangan negeri," katanya.
Jasmin berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri ialah mengaburi mata rakyat Pulau Pinang dengan bantuan RM100 untuk warga emas dan anak emas sedangkan pada hakikatnya peruntukan sebenar untuk rakyat tidak dibelanjakan.
"Apabila rakyat memohon bantuan daripada JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) mereka akan menjawab tiada peruntukan, kerajaan negeri tidak beri peruntukan", katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga tidak mengatasi masalah kemudahan awam di kawasan luar bandar dan membiarkan jalan-jalan kampung berlopak.
Jasmin berkata, walaupun peruntukan untuk pembangunan infrastruktur itu terkandung dalam belanjawan negeri, namun kerajaan negeri tidak melaksanakannya dan ini bermakna rakyat di negeri ini telah disia-siakan.
Gangga Negara..
Wednesday, November 2, 2011
Tuesday, September 20, 2011
Singapore under pressure to abolish security law!
This summary is not available. Please
click here to view the post.
Wednesday, August 24, 2011
Menjadi tuan di kelab bola sepak Queens Park Ranger!
Ketibaan 31 Ogos ini menandakan sudah 54 tahun negara kita merdeka. Ini bermakna sudah 54 tahun juga kita bebas daripada cengkaman penjajah. Bukan Inggeris sahaja yang pernah menjajah negara ini. Portugis, Belanda dan Jepun juga pernah merasa menjadi tuan kepada kita.
Tetapi yang paling lama ialah Inggeris. Tentunya, masih ada generasi yang tidak dapat melupakan bagaimana semua yang berhidung tinggi dan berkulit putih di panggil tuan. Sana sini mereka dipanggil tuan, yang perempuannya pula 'mem'.
Tidak kira sama ada mereka orang Melayu atau Cina dan India yang baru berhijrah ke bumi bertuah ini. Semuanya mempertuankan bangsa Inggeris. Boleh dikatakan setiap rakyat bekerja untuk Inggeris ketika itu. Orang India bekerja untuk Inggeris di ladang, orang Cina di lombong.
Melayu pula orang suruhan seperti menjadi budak pejabat atau pegawai kerajaan yang bertuankan orang putih. Tetapi selepas 54 tahun merdeka, rakyat Malaysia sudah boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa yang menjadi tuan.
Jika dulu Inggeris menguasai kerajaan, syarikat, ladang dan lombong, tetapi sekarang semua itu dilakukan sendiri oleh rakyat Malaysia. Mereka menjadi tuan di bumi sendiri selepas negara mencapai kemerdekaan.
Sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-54 ini ada beberapa peristiwa penting yang membuktikan rakyat Malaysia kini benar-benar bangkit selepas merdeka. Jika dulu Inggeris menjadi tuan kini rakyat Malaysia menjadi tuan dan majikan kepada orang Inggeris.
Itu yang boleh dilihat di sebalik urus niaga Tan Sri Tony Fernandes bersama dua lagi rakannya - Datuk Kamarudin Meranum dan Ruben Gnanalingam - yang mengambil alih kelab bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Queens Park Ranger (QPR).
Mereka kini adalah tuan baru kepada kelab tersebut dan tuan kepada para pemain, pengurus, pekerja malah penyokong kelab itu. Mungkin ada yang mengkritik. Ada yang melihat pembelian kelab itu oleh Tony dan rakan-rakan sebagai membazir. Atau bagi tujuan menunjuk-nunjuk.
Tetapi dengan mengambil semangat merdeka, pembelian dan pengambilalihan itu boleh dilihat sebagai masa untuk orang Malaysia yang dulu dijajah kini menjadi tuan kepada bangsa kolonial. Rakyat Malaysia yang dulu terpaksa tunduk dan akur atas apa sahaja kehendak penjajah kini bangkit hanya selepas 54 tahun merdeka.
Malah mereka bangkit menguasai kepentingan bangsa yang satu ketika dahulu pernah menjadi 'tuan' kepada penduduk negara ini. Untuk mengusai negara tidak mungkin akan berlaku dalam dunia moden ini.
Tetapi dengan menguasai entiti perniagaan dan ekonomi sudah cukup untuk menaikkan imej rakyat negara ini yang satu ketika dahulu hanya dipandang sebagai hamba oleh Inggeris.
QPR mungkin tidak segah Manchester United, Chelsea, Manchester City, Arsenal atau Liverpool. Tetapi kelab yang berpangkalan di Loftus Road, barat London itu bukan calang-calang.
Walaupun baru dinaikkan ke EPL, tetapi kelab itu mempunyai sejarah yang cukup panjang dalam EPL. Usianya kini mencecah 125 tahun. Ia ditubuhkan pada 1882, iaitu zaman kegemilangan empayar Inggeris.
Zaman di mana para penjelajah Inggeris merantau ke seluruh pelosok dunia untuk mencari tanah jajahan dan kekayaan baru. Zaman di mana Inggeris ghairah untuk menjarah dan menjajah negara-negara yang lemah.
Selain QPR seorang lagi rakyat Malaysia, Tan Sri Vincent Tan turut menguasai sebuah lagi kelab bola sepak di bumi Inggeris iaitu Cardiff yang beraksi di League One. Semua ini membuktikan keupayaan bekas penduduk bumi yang pernah dijajah oleh Inggeris untuk menguasai dunia.
Apa yang lebih penting, pengambilalihan kepentingan di bumi Inggeris sama ada kelab bola sepak atau entiti perniagaan lain memberi gambaran keupayaan Malaysia bangkit. Ia memberi semangat dan dorongan kepada rakan-rakan yang lain untuk tampil bersaing di pentas antarabangsa.
Jika dilihat kepada senario hari ini, kelab-kelab bola sepak EPL yang merupakan antara liga yang paling popular di dunia banyak dikuasai oleh entiti luar. Pemilik-pemilik kelab itu sama ada daripada keluarga di raja Arab yang kaya raya ataupun bilionaire Rusia selain tokoh perniagaan Amerika Syarikat.
Jadi, penampilan Tony bersama Kamarudin dan Ruben di persaingan EPL turut meletakkan nama Malaysia dalam radar sukan dunia. Tetapi yang penting, sempena dengan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54 yang tinggal tidak berapa hari ini, itu tanda kejayaan Malaysia untuk bangkit selepas sekian lama menjadi hamba kepada Inggeris.
Diharapkan Tony dan rakan-rakan menjadi tuan yang baik dan seterusnya menjadikan QPR sebuah pasukan yang disegani dalam EPL. Tanggungjawab kini ialah memastikan QPR di bawah kendalian usahawan Malaysia mampu cemerlang sebagaimana Malaysia bangkit selepas bebas daripada pengaruh penjajahan Inggeris 54 tahun lalu.
Salam merdeka

Tuesday, July 5, 2011
Kickdefella sifatkan Husam pembohong!
Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz menyifatkan Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa sebagai pembohong berhubung isu tapak Stesen Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pasir Puteh.
Beliau yang juga bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mendakwa Husam akan memutar-belitkan fakta untuk menyelamatkan keadaan.
"Husam Musa sudah menjawab isu tanah tapak Stesen Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pasir Puteh. Kononnya Husam menyalahkan pemberi maklumat kepada PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak).
"Penyokong Pas yang mulanya senyap terus melompat setelah mendengar jawapan Husam. Dia sebenarnya berbohong. Dia adalah pembohong, bagaimana hendak dipercayai kata-kata Husam," katanya yang dipetik dari laman blog, Kickdefella di sini hari ini.
Kelmarin, ketika bertemu dengan Persatuan Pemandu Kereta Sewa Jajahan Pasir Puteh, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan menyediakan pejabat baru kepada persatuan tersebut setelah Kerajaan Pas Kelantan dikatakan telah mengambil tapak perhentian teksi di bandar Pasir Puteh dan menjualnya kepada sebuah syarikat swasta.
Bagaimanapun, Husam menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan Najib menerima maklumat yang salah mengenai perhentian teksi tersebut.
Sebelum ini, beberapa akhbar melaporkan Pengerusi persatuan itu, Abdul Rahman Samad berkata, pihaknya menerima surat arahan daripada agensi Kerajaan Pas Kelantan pada 25 Mac 2010 supaya berpindah bagi membolehkan projek komersial dilaksanakan ditapak tersebut.
Perhentian teksi berkenaan telah digunakan sebelum 1990 iaitu ketika negeri itu berada di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) berasaskan sewa RM75 sebulan di kawasan seluas lebih 349 meter persegi.
Ada cerita menarik lain tentang Husam Musa ini? Sila klik di http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/
Gerakan Manjung..

Monday, June 27, 2011
Pas terus bersedia jadi 'pak turut'!
Walaupun himpunan haram Bersih pada 9 Julai ini akan diketuai oleh seorang yang pernah mengguris perasaan umat Islam iaitu S. Ambiga, namun Pas tidak menghiraukannya.
Berdasarkan maklumat diterima, Pas dikatakan merupakan kelompok yang bakal menyumbangkan jumlah teramai untuk turun ke jalanan pada tarikh berkenaan.
Di beberapa negeri di kawasan utara, ahli-ahli Pas telah ditiupkan semangat untuk turun ke Kuala Lumpur atas dasar 'untuk melawan UMNO' dan mereka akan mula bergerak dari negeri masing-masing pada 6 Julai - tiga hari lebih awal.
Selain menaiki kereta api, ahli-ahli Pas juga sudah disediakan bas khas untuk mengangkut mereka.
Ketika di Kuala Lumpur, mereka yang menginap di masjid-masjid dan hotel murah sekitar Chow Kit akan turut menghadiri 'amanat terakhir' pemimpin-pemimpin pembangkang yang bakal diadakan pada 8 Julai di Taman Melewar, Gombak.
Ahli-ahli Pas yang turut akan dibarisi oleh remaja yang menyertai Unit Amalnya dikatakan bakal menjadi benteng hadapan dalam berdepan dengan pihak polis.
Demikianlah 'kehebatan' Pas yang terus dilihat bersedia menjadi 'kuda tunggangan' dan 'pak turut' kepada Ambiga, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bagi menghuru-harakan ibu negara pada 9 Julai.
Dalam pemikiran pemimpin dan ahli Pas yang akan menyertai himpunan haram itu sudah tidak ada apa-apa pertimbangan yang ada dalam otak mereka ialah turun ke jalanan, biar pun apa juga risikonya.
Tambahan pula, Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang sendiri sudah memberi lampu hijau kepada ahli-ahli parti itu untuk bergandingan dengan Ambiga, PKR dan DAP bagi tujuan berkenaan.
Jelaslah, Pas kini semakin bercelaru dan keliru dalam perjuangannya sejak meninggalkan perjuangan negara Islam dan beralih kepada negara berkebajikan.
Pas kini benar-benar ingin membuktikan bahawa mereka bernilai dalam pakatan pembangkang sehingga sanggup menyediakan ribuan orang untuk himpunan haram Bersih tersebut.
Walaupun perbuatan mereka boleh mencetuskan huru-hara dan kacau bilau tetapi ia tidak termasuk dalam perhitungan pemimpin dan ahli Pas kerana apa yang penting mereka ingin menunjukkan kesetiaan kepada pakatan pembangkang.
Kita tidak pasti sama ada Pas sudah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan untuk terus bersekongkol dengan Ambiga yang dilihat disifatkan seorang yang banyak menganggu gugat umat Islam.
Kenapa Pas mahu terus diperkudakan oleh PKR dan DAP? Bukankah kalau difikirkan jika pilihan raya di negara ini tidak bersih, Pas tidak akan mampu memerintah Kelantan sehingga ke hari ini sejak 1990, menjadi kerajaan di Terengganu pada 1999 dan mewujudkan sebuah lagi kerajaan negeri di Kedah pada pilihan raya umum lalu.
Bagaimana pula dengan kemenangan calonnya dalam pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Penanti, Parlimen Bukit Gantang dan Manek Urai? Tidakkah semua fakta ini telah menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan amanah?
Apakah penyertaan Pas dalam himpunan Bersih kali ini bertujuan untuk menunjukkan sikap liberal Pas yang sudah boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan mereka menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO?
Jelaslah sejak meninggalkan perjuangan negara Islamnya, parti itu semakin terbuka dan dilihat bertambah ghairah untuk merebut kekuasaan bersama-sama dengan PKR dan DAP.
Pas bukannya tidak tahu kesan buruknya perhimpunan haram Bersih kepada rakyat, mereka sudah melihatnya pada 2007. Tetapi semua itu sudah tidak ada lagi dalam perhitungan Pas, apa yang parti itu ingin tunjukkan ialah kesetiaan bagi memastikan Pas tidak tercicir jika pembangkang memerintah.
Kalau Pas tidak mahu dituduh sudah meninggalkan perjuangan Islamnya, Pas sepatutnya tidak bersekongkol dengan Ambiga, PKR dan DAP. Pas tentu faham bahawa Islam amat tidak menggalakkan sebarang tindakan yang boleh menjuruskan kepada anarkis atau keganasan.
Banyak lagi cara untuk menyelesaikan masalah apatah lagi mengemukakan tuntutan. Pas perlu faham jika himpunan Bersih nanti mencetuskan huru-hara dan seterusnya menyusahkan rakyat merekalah yang banyak akan menerima tempiasnya.
Rakyat terutamanya orang Melayu sudah tertentu tertanya-tanya kenapakah Pas menjadi begitu jahil sehingga sanggup 'memperkudakan' ahli-ahlinya demi mencapai cita-cita politik sempit Ambiga dan parti pembangkang yang lain.
Oleh itu kepada ahli-ahli Pas yang begitu bersemangat untuk turun ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini, berfikirlah dengan semasak-masaknya kesan akibat perbuatan mereka. Janganlah menjadi seperti robot yang dikawal untuk melakukan itu dan ini, sedangkan mereka tidak akan meraih sebarang keuntungan.
Ingatlah, kemenangan dalam politik boleh dicapai melalui pemahaman kepada rakyat melalui visi dan misi yang jelas, bukannya melalui demonstrasi jalanan dan huru-hara.
Mungkin Pas akan berbangga kerana berjaya menampilkan penyokong paling ramai dalam himpunan haram tersebut tetapi ia tiada gunanya kerana percayalah akhirnya Pas akan menjadi bak kata orang menang sorak kampung tergadai!.
Oleh : ZULKIFLEE BAKAR
Gerakan Manjung,,

Monday, June 20, 2011
BERSIH 2.0 - Video Mat Sabu seorang hipokrit terhadap perjuangan PAS!
Cayalah Mat Sabun. Selepas ini makin ramai orang PAS akan tinggalkan PAS selepas video ini membuktikan bahawa Timbalan Presiden PAS ini sebenarnya seorang yang hipokrit. Mula-mula cakap setuju kepimpinan ulama diteruskan tetapi perlu ada penambah baikan demi kepentingan parti.
Tapi bila DAP umpan dia suruh dia sampaikan bantuan kepada mangsa tanah runtuh di Selangor terus dia semangat nak sepak keluar ulama dari kepimpinan PAS.
Maklumlah dia lebih berharga daripada Exco kerajaan Pulau Pinang. Kenapa Guan Eng tak suruh Exco sampaikan bantuan? tapi bila sampai masa nak mengadap YDPA pandai lak Guan Eng hantar Exco..
Perlantikan sebagai komander BERSIH 2.0 sekali lagi satu penghargaan kepada Mat Sabun. Penghargaan atas jasa beliau yang sanggup menjilat bontot DAP dan PKR yang sememangnya mahu menimbulkan huru hara di negara kita.
Orang PAS dok tunggu apa lagi? Sudah-sudah ler tertipu dengan imej berkopiah putih.
Gerakan Manjung..GM
Tuesday, June 7, 2011
Nor Azli perlu cermin diri!
Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa perlu mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum mencerca Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan gelaran 'syaitan bercakap' dan 'Haramsani'.
Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat negeri, Fauzi Muda berkata, Nor Azli perlu menyoal dirinya sama ada dia benar-benar mengikut ajaran Islam dan berjuang kerana agama.
"Jika dahulu Nor Azli duduk rumah biasa tetapi semasa pembangkang berkuasa di Perak, dia mampu beli rumah berharga lebih RM500,000 di Tasek.
"Islam tidak suruh kita kayakan diri sendiri apabila mendapat kuasa," katanya di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai sikap biadab Nor Azli yang menggelar Mufti Perak sebagai 'syaitan' yang lebih teruk daripada 'syaitan bisu' kerana tidak menegur budaya fitnah yang kononnya dibawa UMNO dan BN pada pilihan raya umum.
Sebelum ini, Nor Azli yang kalah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong pada Pilihan Raya Umum 2008 menggelar Harussani sebagai 'Haramsani' kerana mendakwa Mufti Perak itu menerima gaji sumber haram dan tidak menegur kerajaan negeri membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.
Fauzi mendakwa bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak itu ialah antara lapan pemimpin pembangkang yang menjadi jutawan segera semasa tempoh 11 bulan pembangkang berkuasa di Perak dan perkara itu sudah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , 11 Februari lalu.
Mengulas mengenai dakwaan kerajaan negeri membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram, katanya, Nor Azli pernah makan gaji semasa bekerja sebagai Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah di Pejabat Agama Islam Manjung.
Gerakan Manjung..( GM )